Jennifer Lopez sekali lagi membuktikan bahawa usia hanyalah angka! Selepas memfailkan penceraian daripada Ben Affleck bulan lalu, penyanyi dan pelakon berusia 54 tahun ini tampil memukau di Festival Filem Antarabangsa Toronto dengan gaun yang berjaya mencuri perhatian ramai.
Gaun perak panjang dengan reben hitam besar di bahagian sisi itu dikenali sebagai 'revenge dress' – simbol balas dendam yang berani dan penuh gaya terhadap Ben. Apa yang membuatkan ramai terpegun, kedua-dua sisi gaun tersebut terdedah, menampakkan bentuk badan Jennifer yang masih langsing dan menawan.
Penampilan beraninya ini bukan sahaja membuatkan netizen terpaku, malah ramai yang memuji kecantikannya, terutama memandangkan usianya sudah melebihi 50-an. Salah seorang netizen bergurau, "Macam ini punya cantik pun masih kena tinggal, mesti Ben menangis dekat bucu katil tengok JLo."
Untuk yang belum tahu, Jennifer dan Ben mula berkahwin pada tahun 2022 setelah kembali bercinta. Pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Namun, kisah cinta mereka akhirnya sekali lagi berakhir apabila Jennifer memfailkan penceraian pada 20 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Penampilan Jennifer kali ini benar-benar membuktikan bahawa dia masih memegang gelaran sebagai ikon kecantikan dan fesyen yang tiada tandingan!
Jangan simpan berita ini untuk diri sendiri je! Kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda dan biar mereka pun terpesona dengan 'revenge dress' Jennifer Lopez yang luar biasa ini!