Jeon Jong Seo Menggigil Makan Ramen, Netizen Terkejut! Betul Ke Ambil Dadah?



Tak sangka makan ramen pun boleh jadi isu! Itulah yang berlaku kepada pelakon berbakat Jeon Jong Seo yang tiba-tiba jadi tumpuan netizen hanya kerana satu video. Baru-baru ni, dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Jang Yoon Joo, Jong Seo kelihatan sedang menikmati ramen dengan penuh khusyuk bersama sahabatnya.


Tapi, bukan ramen yang jadi topik panas, sebaliknya riak wajah Jong Seo yang kelihatan gelisah dan tangannya menggigil. Ramai penonton mula membuat spekulasi tak berasas tentang keadaan dirinya.


"Eh, kenapa macam ada sesuatu tak kena dengan matanya? Nampak tak normal," komen seorang netizen. Ada juga yang menambah, "Kenapa tangan dia menggigil macam teruk sangat?"


Tanpa bukti, netizen terus melontarkan andaian liar yang mengatakan bintang filem Burning itu mungkin mengambil dadah. "Macam ambil barang je, kalau tak, kenapa gigil macam ni?" tulis seorang lagi netizen.


Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Jong Seo tentang isu ni. Mungkin dia cuma tengah lapar sangat kot!


Jadi, apa pendapat korang? Betul ke patut buat spekulasi macam tu tanpa bukti? Kalau korang rasa artikel ni menarik, jangan lupa share dengan kawan-kawan! Biar diorang pun tahu cerita sebenar. 👀🍜

Previous Post Next Post

Contact Form