"Johnny Depp Tampil Lebih Segak, Gigi Putih Bersinar Lepas Rawatan! Tak Sangka!"



Siapa sangka, pelakon kegemaran ramai, Johnny Depp, kini tampil dengan senyuman yang lebih menawan selepas menjalani rawatan oral. Setelah menerima banyak kecaman tentang keadaan giginya yang kelihatan kurang terurus, bintang yang terkenal dengan watak Jack Sparrow ini akhirnya membuat perubahan besar.


Dalam satu video yang dikongsi di Instagram @killerbartender, ramai peminat mula perasan perubahan ketara pada gigi Depp yang kini lebih putih dan teratur. Melalui video tersebut, Johnny Depp dilihat tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan seorang pemilik gerai.


Apa yang lebih menarik, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan reaksi terkejut dan kagum peminat terhadap perubahan gigi Johnny.


Antara komen menarik yang muncul ialah:


"Nampaknya dia dah buat sesuatu dengan gigi dia! Memang cantik sangat sekarang!"

"Adakah saya betul-betul tengok gigi dia semakin putih berbanding dulu?"

"Wow! Gigi dia nampak lebih teratur, memang berbeza!"

Sebelum ini, Johnny Depp pernah dilabel pengotor kerana keadaan giginya yang kuning dan penuh dengan karang. Malah, ada peminat yang mengaku tidak sanggup melihat gambar gigi tersebut dan berharap dia dapat melakukan rawatan segera. Kini, harapan itu sudah menjadi kenyataan, dan Johnny tampil dengan keyakinan baru.


Jadi, apa pendapat korang? Adakah Johnny Depp lebih menawan sekarang? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang yang juga peminat Johnny Depp!

Previous Post Next Post

Contact Form