Dalam dunia hiburan, memang macam-macam cara orang guna untuk raih perhatian. Baru-baru ini, seorang lelaki sanggup menipu dan mengaku sebagai bapa kepada Jennie, ahli kumpulan terkenal Blackpink, semata-mata untuk melariskan buku yang dijualnya!
Individu tersebut dengan yakin mendakwa bahawa dia sudah lama terpisah dari Jennie sejak dia kecil lagi. Penipuan ini membuatkan ramai peminat keliru dan ada yang hampir percaya dengan cerita tersebut. Memang tak disangka, bukan?
Namun, AO Entertainment, syarikat pengurusan Jennie, dengan tegas tampil menyangkal dakwaan lelaki itu dan mengesahkan bahawa semua cerita itu adalah tidak benar sama sekali.
Menurut kenyataan mereka, "Kami ingin menjelaskan bahawa semua perkara di atas tidak betul dan buku yang diterbitkan tidak ada kaitan dengan Jennie. Kami meminta peminat untuk tidak membeli buku tersebut bagi mengelakkan sebarang kerugian."
Bukan setakat itu, syarikat Jennie juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut atas penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjejaskan perniagaan mereka. Mereka juga telah memfailkan saman jenayah untuk memastikan lelaki tersebut bertanggungjawab atas tindakannya.
Tindakan lelaki ini jelas satu jenayah yang serius. Mungkin dia sangka penipuan ini boleh bantu jualan bukunya, tapi akhirnya, tindakannya hanya mengundang masalah besar!
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan korang! Siapa tahu, mungkin ada yang hampir termakan penipuan ni juga!