"MK Pilih Nama Indah Penuh Makna Islam untuk Puteri Sulungnya, Aya Rayana"



Sebulan selepas bergelar bapa, penyanyi rap popular MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, akhirnya mendedahkan nama indah yang dipilih untuk puteri sulungnya – Aya Rayana. Nama ini bukan sahaja cantik di sebut, malah memiliki makna yang sangat mendalam dalam Islam.


Menurut MK, "Aya" bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, diambil daripada bahasa Arab dan juga al-Quran. Manakala "Rayana" pula membawa makna pintu syurga. Kombinasi dua nama ini tentunya menjadi doa dan harapan besar buat bayi perempuan mereka agar membesar menjadi anak yang solehah.


MK berkongsi berita gembira ini melalui Instagramnya pada malam Selasa, dan tak lama kemudian, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah serta pujian daripada para peminat. Ramai yang teruja dan memuji pemilihan nama yang begitu indah serta menantikan wajah comel si kecil itu.


"Cantik sangat nama anak, semoga besar nanti jadi anak yang baik dan berjaya," komen seorang peminat.


MK dan isterinya, Siti Hajar, menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.


Nama bayi yang dipilih oleh MK bukan sahaja simbolik, tetapi juga penuh doa dan harapan. Tahniah buat MK dan Hajar atas kehadiran cahaya mata yang melengkapkan lagi kehidupan mereka sebagai suami isteri.


Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang lain. Siapa tahu, mereka juga boleh dapat inspirasi nama bayi yang penuh makna dan indah seperti Aya Rayana!

Previous Post Next Post

Contact Form