Reza Arap Selesaikan Ganti Rugi Peniaga Jogja – Tindakan Mulia yang Patut Dicontohi



Siapa tak kenal Reza Arap? Penyanyi dan streamer terkenal Indonesia ini sekali lagi menjadi bualan ramai, kali ini kerana tindakan mulianya! Baru-baru ini, Reza dengan besar hati bersedia untuk membayar ganti rugi kepada peniaga yang terkesan akibat kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di Jogjakarta, Indonesia.


Reza, yang juga dikenali dengan nama sebenar Reza Oktovian, tidak lepas tangan apabila kedatangan Speed ke lokasi tersebut menyebabkan beberapa barang jualan peniaga rosak.


Dengan penuh tanggungjawab, Reza memuat naik ciapan di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), memohon agar peniaga yang mengalami kerugian tampil ke hadapan untuk memberitahunya jumlah ganti rugi yang perlu dibayar. Dia juga memastikan semua kerugian diselesaikan dengan baik.


"Semua kerugian telah saya selesaikan. Terima kasih," tulisnya dalam ciapan tersebut.


Tak lama selepas itu, ramai netizen memuji tindakan Reza yang dianggap sangat prihatin walaupun terkenal dengan gaya percakapan yang agak lantang ketika melakukan livestream.


"Awak memang terbaik, walaupun percakapan awak agak kasar ketika stream, tapi awak selalu ambil berat tentang masyarakat, terutamanya peniaga kecil-kecilan. Semoga dimurahkan rezeki, bang Rap!" puji salah seorang netizen.


Menariknya, Reza sendiri yang menghubungi IShowSpeed dan menanggung segala kos untuk membawa YouTuber dari Amerika Syarikat itu ke Indonesia. Ini membuktikan betapa besar hati Reza dan keprihatinannya terhadap orang sekeliling.


Jom, kongsikan cerita inspirasi ini dengan kawan-kawan anda. Siapa tahu, ia boleh jadi inspirasi untuk lebih ramai lagi mengambil tindakan yang sama demi membantu orang lain! Tekan butang ‘share’ sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form