Siap Sedia Menari! Avantgardey Bakal Menggamatkan Malaysia dengan 'Alamak Raya Lagi'


Pasti ramai yang masih ingat video tular sekumpulan wanita berseragam sekolah menari dengan penuh gaya menggunakan lagu "Alamak Raya Lagi" nyanyian asal De Fam. Kini, bersiap sedialah kerana kumpulan tarian dari Jepun, Avantgardey, bakal menghiburkan peminat di Malaysia pada 22 Disember depan di Zepp Kuala Lumpur!


Menerusi konsert jelajah Asia mereka, Avantgardey Asia Tour Malaysia, kumpulan yang terdiri daripada 17 penari ini menjanjikan persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memukau. Mereka pernah tampil dalam program America's Got Talent dan berjaya menarik perhatian peminat di seluruh dunia!


Kumpulan ini telah diiktiraf oleh Vogue Japan sebagai bintang baru pada tahun 2023, membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang dalam dunia tarian. Dengan kejayaan demi kejayaan, Avantgardey kini mengukuhkan nama mereka sebagai kuasa besar dalam industri seni.


Demi peminat di Malaysia, kumpulan yang berasal dari Osaka ini akan memberikan persembahan selama 80 minit yang luar biasa. Apa yang lebih menarik, penonton akan disajikan dengan gabungan tarian dan seni visual yang menakjubkan sepanjang konsert!


Konsert ini dianjurkan oleh 43 dan Sum Supreme Media (HK), bersama Westec Media. Pada minggu lalu, kumpulan ini juga sempat bertemu peminat dan media di Pavilion Kuala Lumpur untuk mengumumkan konsert mereka.


Jangan lepaskan peluang ini! Tiket dijual dengan harga serendah RM280 hingga RM880 dan boleh didapati mulai 22 September 2024 di laman web TicketMelon.


Ayo, ajak kawan-kawan kamu untuk sama-sama merasai pengalaman menari yang tak terlupakan ini! Kongsikan artikel ini dan bersiaplah untuk menyaksikan keajaiban Avantgardey di atas pentas!

Previous Post Next Post

Contact Form