Tahu berita penahanan P. Diddy tapi Justin Bieber enggan masuk campur, mahu fokus jadi bapa dan suami hebat



NAMA penyanyi Justin Bieber tiba-tiba menjadi sebutan di media sosial selepas netizen membuka kembali cerita lama semasa dia berkawan rapat dengan P. Diddy.


Ini selepas peminat menemui video lama Diddy berdurasi 48 jam memaparkan dokumentasi dirinya bersama Justin yang ketika itu berusia 15 tahun.


Isu berkenaan menjadi lebih hangat selepas penyanyi rap itu ditahan berhubung tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual.




Menurut laporan People, Justin, 30, mengetahui mengenai tuduhan kes jenayah membabitkan mentor dan rakan kolaborasinya itu.


Sumber bagaimanapun memberitahu Justin enggan masuk campur urusan berkenaan dan memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.


"Dia (Justin) sedar tentang penahanan Diddy dan semua dakwaan.


"Ia bukan perkara yang dia mahu fokuskan, sebaliknya dia hanya mahu fokus menjadi seorang ayah dan suami yang hebat," katanya.



Pada 16 September lalu, Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat.


Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi berusia 55 tahun itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut.


Sebelum ini, nama Diddy menjadi hangat apabila dikaitkan dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual.


Diddy dikatakan merakam setiap perbuatan tersebut bagi menutup mulut mangsa supaya tidak mendedahkan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terbuka.




Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy.


Malah beberapa penyanyi rap lelaki seperti Meek Mill, Usher, Rick Ross dan beberapa nama lain turut dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Diddy.


Mereka didakwa melakukan hubungan seks dengan Diddy sebagai cara untuk mengecap populariti sebagai artis.


Untuk rekod Justin berkahwin dengan Hailey Bieber pada September 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jack Blues yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

Previous Post Next Post

Contact Form