Zarina Anjoulie Kena Kecam, Tapi Ini Rezeki Dia!
Zarina Anjoulie, pelakon yang sering mencuri tumpuan, sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video menjalani prosedur pembedahan plastik pada hidungnya. Seperti biasa, ramai yang tak puas hati dan terus mengecam Anju, panggilan mesra buatnya.
Menariknya, ramai yang kini membandingkan hidung lama Anju dengan yang baru, dan tak sangka, ramai pula kata hidung lama lebih cantik! Padahal sebelum ini, ramai yang juga kutuk hidung lama dia yang katanya senget dan bengkak. Tak serba kena di mata netizen, kan?
Anju, 37, tak berdiam diri dan terus menyelar komen jahat tentang wajahnya. Katanya, "Dan dan pula semua orang sekarang kata hidung Anju yang dulu lagi cantik. Padahal hampir semua orang cakap hidung Anju sengetlah, bengkaklah sebelum ini. Sekarang tiba-tiba komen hidung dulu lagi lawa. Tak mengapa, dah buat dah pun."
Hantaran ini dimuat naik di Instagram pada hari Ahad lepas. Anju turut menjelaskan, pembedahan itu bukan semata-mata untuk kecantikan, tetapi untuk membuang benjolan di batang hidung yang menjadi masalah kesihatan. Video mengenai pembedahan ini pun dah tular di TikTok.
Buat yang tak tahu, Anju buat semua ini sebab rezeki! Dia ditaja dan dibayar oleh klinik estetik untuk buat pembedahan tersebut. Dalam satu lagi posting, Anju menjelaskan, "Minta maaf semua, posting itu bukan sebab nak buka aib sendiri dan tak hormat semua orang. Ia ditaja sepenuhnya oleh Dr. Plus, dia bayar saya untuk datang dan kasi token... tolong faham ini punca rezeki saya."
Dia menambah lagi, "Walaupun tak banyak, duit ini saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak, beli barang dapur dan bayar yuran mengaji dia. Bukannya untuk saya beli bag baru ke BMW ke nak tayang kat orang. Bukan saya bangga dan riak. Itu memang kerja saya."
Sebagai tanda rendah diri, Anju juga meminta maaf kalau perkongsiannya menyakitkan hati sesiapa. Katanya, "Saya minta maaf jika posting saya menyakitkan hati anda, tapi saya sangat bersyukur ramai tegur dan tunjuk yang mereka masih ambil berat tentang saya. Mana tahu satu hari saya pilih jalan yang berbeza dan jadi muslim yang lebih baik."
Jom, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Zarina Anjoulie. Kalau korang rasa artikel ini menarik, jangan lupa share dengan kawan-kawan!