Zarina Anjoulie, atau lebih mesra disapa Anju, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya menjalani pembedahan hidung di Vietnam. Namun, tidak semua yang dilakukan oleh Anju ini diterima baik oleh netizen. Ramai yang beranggapan pelakon berusia 37 tahun ini berbangga mengubah ciptaan Tuhan, sesuatu yang dilarang oleh agama.
Namun, Anju dengan tegas menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk berbangga, tetapi untuk berkongsi ilmu yang mungkin berguna kepada pengikutnya di media sosial. “Bukan saya bangga buat dosa. Cara saya mendekati pengikut memang berbeza. Kalau ada apa-apa jadi pada mereka nanti, mereka boleh rujuk saya,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial miliknya.
Anju juga menekankan bahawa perkongsiannya bukan sekadar untuk pameran, tetapi sebagai satu bentuk kesedaran. “Orang anggap saya bangga buat dosa, tapi itu hanyalah content untuk wujudkan kesedaran,” tambahnya lagi.
Pelakon ini turut mengingatkan bahawa dia tidak pernah bersikap hipokrit atau berselindung dengan apa yang dilakukannya. Malah, dia bersedia berkongsi segala pengalaman, termasuklah ketika menjalani prosedur kosmetik lain seperti sedut lemak. "Dari dulu lagi, apa saya buat saya akan tunjuk. Tiada apa yang mahu saya sorok. Artis lain pun buat juga, cuma mereka sorok," ujarnya dengan jujur.
Kalau anda rasa artikel ini menarik dan memberi pandangan baharu, jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan anda. Siapa tahu, mungkin mereka pun ada pendapat yang berbeza! 👇💬
Kongsikan Artikel Ini Dengan Kawan-Kawan Anda!