"Andrew Garfield Terlalu Menjiwai Babak Intim, Sampai Terlepas 'Cut' Pengarah – Kisah Lawak di Set!"



Anda pernah dengar kisah pelakon terlalu menjiwai watak sampai lupa realiti? Ini terjadi pada Andrew Garfield, pelakon kacak yang pernah melakonkan watak Spider-Man, ketika penggambaran filem terbarunya We Live in Time.


Bayangkan situasi ini: Andrew Garfield dan Florence Pugh sedang dalam babak intim, penuh emosi dan sentuhan. Semuanya kelihatan sempurna, sehinggalah... pengarah dah jerit "cut" tapi Andrew masih teruskan! "Saya terlalu leka dengan adegan tu sampai terlupa dengan babak sebenarnya," kata Andrew sambil gelak malu. Terlalu fokus sampai tak sedar pengarah dah tamatkan babak, ya?


Andrew, yang terkenal dengan dedikasinya pada setiap watak, berkata dia dan Florence Pugh begitu terhanyut dalam watak masing-masing sehingga mereka “melakukan perkara lebih daripada sepatutnya.” Lebih lawak lagi, dia turut berkongsi bahawa pengarah filem, John Crowley, berada di bilik yang berasingan semasa rakaman dibuat – mungkin sebab tu Andrew tak dengar arahan “cut”!


Apa yang lebih memalukan? Kru penggambaran pula terpaksa memandang ke dinding ketika babak intim tu berlangsung lebih lama dari sepatutnya. Memang awkward habis! Namun, inilah yang terjadi bila pelakon begitu komited dalam membawa watak.


Filem We Live in Time ini akan menemui penonton di pawagam Amerika Syarikat pada 11 Oktober nanti, dan nampaknya kisah di balik tabir ini menambah lagi keterujaan untuk menonton filem tersebut.


Kalau anda rasa cerita ni kelakar dan tak sabar nak tengok Andrew Garfield beraksi, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan! Mesti mereka pun tak sabar nak gelak sama-sama!

Previous Post Next Post

Contact Form