Sharul Kamal Masuk Hospital Kerana Jangkitan Peti Suara, Risau Kerjaya Terjejas!



Siapa sangka, penyanyi kesayangan ramai, Sharul Kamal, terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor kerana jangkitan kuman pada peti suaranya. Sharul, atau nama penuhnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman yang berusia 28 tahun, mula mendapatkan rawatan sejak Isnin lepas selepas mengalami batuk yang tak kunjung reda.


"Saya dah batuk hampir dua minggu, tapi tak sempat nak pergi periksa awal sebab jadual kerja memang padat gila," kata Sharul ketika dihubungi. Rupanya, selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman berpunca daripada batuk berpanjangan tu.


Doktor pun nasihatkan Sharul supaya berehat dan elakkan sebarang aktiviti nyanyian buat sementara waktu. Sebagai seorang penyanyi, keadaan ni memang merisaukan Sharul sebab suara adalah sumber rezekinya.


"Secara fizikal, saya okey je. Tapi rasa down sikit sebab suara ni kan punca saya cari makan. Doktor suruh saya berehat mungkin dalam dua minggu. Sekarang ni masih kena ambil antibiotik dan ubat-ubatan lain. Lepas ni kena buat pemeriksaan susulan pula," ujarnya.


Disebabkan masalah kesihatan ni, Sharul terpaksa tangguhkan beberapa jadual kerja. Masa kami hubungi pun, suaranya kedengaran perlahan dan dia tak boleh banyak bercakap.


"Dari segi persembahan, memang takde dalam masa terdekat sebab semua dah selesai. Cuma ada beberapa kerja di studio yang kena tangguh dulu," jelasnya lagi.


Untuk info, kali terakhir Sharul buat persembahan adalah di acara The Hardest Malam Drama yang berlangsung pada Sabtu lepas.


Jom sama-sama doakan Sharul cepat sembuh dan kembali menghiburkan kita semua! Kalau korang peminat Sharul, jangan lupa kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan ya!

Previous Post Next Post

Contact Form