Nama Sabrina Carpenter kembali hangat diperkatakan gara-gara aksi tarian solo yang dipersembahkan di konsertnya di Los Angeles baru-baru ini. Siapa sangka, niat untuk menghibur berubah menjadi perbincangan panas di media sosial!
Menerusi video yang tular di platform X, Sabrina dilihat berlutut sambil memegang rambut dan menggerakkan mikrofon di tangannya dengan gaya yang dianggap "menggoda" oleh sesetengah pihak. Aksi ini dilakukan semasa mendendangkan lagu baharunya, Juno.
Namun, tak semua kagum. Ramai peminat, terutamanya ibu bapa, melahirkan rasa kurang senang kerana aksi tersebut dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum, lebih-lebih lagi apabila ramai peminatnya terdiri daripada remaja dan kanak-kanak.
"Sabrina Nak Buktikan Dia Dewasa?"
Ada juga yang mendakwa penyanyi berusia 24 tahun ini cuba membuang imejnya sebagai bekas bintang saluran Disney dengan cara yang lebih provokatif.
Antara komen pedas yang ditinggalkan oleh netizen:
"Rimas tengok penyanyi wanita beraksi macam ini. Demi perhatian, sanggup buat apa saja."
"Bintang Disney dulu comel, sekarang cuba nak jadi ‘seksi’. Tak perlu semua ini!"
"Konsert ini bukan untuk anak-anak, ibu bapa kena ambil tahu."
Namun, segelintir peminat tetap mempertahankan Sabrina, mengatakan bahawa dia sekadar mengekspresikan dirinya sebagai seorang artis dewasa.
Persoalannya, Perlukah ‘Gaya Panas’ Ini Untuk Kekal Relevan?
Dalam dunia hiburan, imej dan gaya persembahan artis sering menjadi topik hangat. Adakah tindakan Sabrina ini benar-benar strategi untuk memadamkan identiti lama sebagai bintang Disney, atau sekadar gimik biasa?
Jadi, apa pendapat anda? Adakah aksi Sabrina ini keterlaluan atau cuma salah faham peminat? Kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda dan bincangkan pendapat masing-masing. Jangan lupa tag mereka yang mungkin ‘team Sabrina’ atau ‘team Netizen’!