Dalam dunia seni lakonan, tidak semua yang dilihat di layar kaca datang dengan mudah. Tetapi bagi Nabila Huda, segalanya dilakukan dengan penuh teliti dan dedikasi tinggi! Aktres hebat ini sanggup menyewa karavan dan mengupah jurusolek peribadi demi memastikan watak yang dibawakannya, Che Som dalam filem terbarunya, tampil sempurna.
Nabila, yang terkenal dengan komitmen luar biasanya, telah memuat naik video di TikTok yang menunjukkan persiapannya untuk membawakan watak seorang wanita hamil. Dia mendedahkan bahawa dia bukan sahaja mencari jurusolek peribadi, malah turut menata rias dan mereka sendiri pakaian untuk wataknya. Bukan itu sahaja, dia turut menyewa karavan untuk memberikan keselesaan di set penggambaran.
“Bersiap sebagai Che Som, saya custom sendiri pakaian, cari jurusolek peribadi sendiri, tatarias watak dengan perut hamil pun bawa sendiri. Malah saya sewa karavan sendiri untuk mempersiapkan diri di set penggambaran,” kata Nabila menerusi TikTok.
Usaha luar biasa Nabila Huda ini tidak terlepas daripada perhatian peminat, yang rata-ratanya kagum dengan dedikasi beliau. Netizen menyifatkan Nabila sebagai seorang artis yang sangat telus dalam bekerja, sanggup berhabis demi memastikan kualiti lakonan sentiasa mantap. Mereka juga menyatakan penghargaan kepada Nabila kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap karya lakonannya.
"Hasil lakonan Nabila sentiasa membanggakan. Terima kasih Nabila untuk segala usaha dan kerja keras. Kami sayang Nabila!" tulis seorang peminat.
Dengan komitmen sebegini, tak hairanlah Nabila terus menambat hati peminat. Malah, ada yang berseloroh untuk mengundi Nabila sebagai artis paling popular pada masa akan datang!
Nak tahu lebih lanjut tentang dedikasi Nabila Huda dalam dunia lakonan? Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan korang supaya semua dapat inspirasi daripada kegigihan beliau!