Siapa sangka, dengan hanya memakai selipar biasa yang berharga RM30, G-Dragon, atau nama sebenar Kwon Jiyoung, sekali lagi membuktikan gelarannya sebagai Sold Out King yang tiada tandingan!
Baru-baru ini, selipar refleksologi yang dipakai G-Dragon ketika penggambaran muzik video terbaharunya telah mencuri perhatian ramai. Dilaporkan oleh Koreaboo, selipar yang hanya berharga KRW8,000 (lebih kurang RM30) di laman web Coupang laku keras dan habis terjual dalam sekelip mata! Tak sangka kan, dengan harga semurah itu, selipar ni mampu mencetuskan fenomena!
Tapi jangan terkejut, harga selipar ni dijangka akan meningkat naik sehingga 10 kali ganda disebabkan permintaan yang tinggi. Wah, power betul G-Dragon ni, apa saja yang dia pakai, pasti laris macam pisang goreng panas!
Rata-rata netizen pun tak terlepas daripada berbincang tentang fenomena ini. Ada yang kagum dengan impaknya, apatah lagi ramai yang gembira melihat selebriti terkenal macam G-Dragon memilih barang murah yang orang ramai mampu beli.
"Akhrinya, ada juga barang murah yang saya boleh beli. Selalunya, barangan mewah je GD pakai," komen salah seorang peminat. Ada yang kata, "Tiba-tiba selipar ni naik harga, tapi seronok bila tengok GD beli barang macam orang biasa."
Memang tak dapat dinafikan, G-Dragon sememangnya dikenali dengan jolokan Sold Out King, kerana barang-barang yang dipakainya sering laku keras tanpa memerlukan sebarang bayaran. Dari jenama besar macam Nike, LH.A.S, hingga ke jam tangan Casio G-Shock, semua tular gara-gara beliau!
Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda peminat G-Dragon, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi artikel ini dengan kawan-kawan! Siapa tahu, mungkin anda pun boleh dapatkan selipar 'sold out' ni sebelum harga melambung tinggi! 😉
Shopee Tengah Promosi Sekarang Seliper ini dengan Harga RM20. Klik Sini Untuk Beli