Sudah lama sabar, tapi kali ini pengacara popular Meyra Khan, 29, akhirnya terpaksa bersuara. Melalui satu pendedahan mengejutkan, Meyra menceritakan bagaimana gajinya ketika bekerja di sebuah stesen televisyen masih belum dibayar, malah caruman KWSP dan PERKESO juga tertunggak.
Bayangkan, sejak Meyra mula berkhidmat di stesen TV tersebut pada tahun 2022, dia terpaksa menghadapi isu pembayaran gaji yang tidak pernah lancar. Terkini, gajinya untuk bulan Ogos dan cuti tahunan masih belum dibayar, walaupun kontraknya sudah ditamatkan sejak Ogos lepas!
"Gaji bulan Julai baru dibayar pada Oktober. Kadang-kadang lambat sebulan, dua bulan, tapi sekarang dah sampai tiga bulan! KWSP dan Socso juga tak dicarum seperti sepatutnya," luah Meyra.
Lebih menyedihkan, isu ini bukan baru. Dari awal lagi Meyra sudah berdepan masalah ini, tetapi pihak pengurusan hanya memberikan jawapan yang sama berulang kali – "belum ada sinar". Hingga kini, janji untuk membayar gaji tepat pada masanya masih tinggal janji.
Kecewa, Meyra Terpaksa Bersikap Lebih Tegas
Meyra mengakui bahawa pendedahannya di media sosial adalah langkah terakhir selepas bertahun-tahun bersabar. "Saya viralkan perkara ini bukan kerana sengaja nak buat kecoh, tapi ini jalan terakhir untuk saya dan rakan-rakan yang masih berkhidmat di sana. Dah terlalu ramai yang berhenti kerja sebab masalah gaji," katanya.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial, Meyra merayu agar orang ramai membantunya menyebarkan kisah ini supaya pihak stesen TV bertanggungjawab dan segera melunaskan bayaran kepada pekerja mereka.
Jadi, kalau anda juga rasa tak patut situasi begini berlarutan, jom bantu Meyra dengan kongsi artikel ini kepada kawan-kawan. Sama-sama kita viralkan dan harap stesen TV tersebut segera bertindak!
Jangan lupa share!