Siapa sangka, pelakon popular Jung Woo Sung yang sudah berusia 51 tahun ini kembali menjadi bualan hangat di media sosial! Setelah mengaku mempunyai anak luar nikah bersama model Moon Ga Bi, kini rahsia hubungan peribadinya mula terbongkar dengan lebih mengejutkan. Ternyata, ada lebih dari satu kisah cinta yang melibatkan dirinya!
Menurut satu pendedahan yang tular di media sosial, Woo Sung dikatakan mempunyai tiga wanita dalam hidupnya, termasuklah seorang akauntan yang sudah berkahwin! Mungkin lebih mengejutkan lagi apabila wanita tersebut dilaporkan sanggup bercerai demi bersama pelakon tampan ini. Bayangkan, hubungan mereka sudah mencecah 10 tahun!
Tak cukup dengan itu, satu lagi dakwaan menyatakan Woo Sung turut dikaitkan dengan seorang wanita muda berusia 24 tahun, yang difahamkan bukan seorang selebriti. Dakwaan tersebut semakin hangat apabila satu tangkap layar mesej dipercayai menunjukkan perbualan mereka, dikongsi oleh pengguna X.
Namun, kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan kerana Woo Sung memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen mengenai isu ini.
Walaupun begitu, yang pasti, pelakon ini sudah mengaku menjadi bapa kepada anak yang dilahirkan oleh Ga Bi. Meskipun hubungan mereka tidak pernah dihebohkan secara rasmi, kedua-duanya dilaporkan semakin rapat sejak tahun 2022.
Jadi, apa pendapat anda tentang pendedahan terbaru ini? Apakah Jung Woo Sung benar-benar terlibat dalam semua skandal ini atau sekadar gosip semata-mata?
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda yang juga mengikuti perkembangan dunia hiburan! #JungWooSung #Skandal #GosipHiburan