Dalam dunia perkahwinan, kepercayaan antara suami isteri adalah kunci utama. Tapi, bagaimana pula kalau ada isteri yang suka 'spotcheck' telefon suami mereka? Pelakon dan personaliti media sosial, Syifa Melvin ada pandangannya yang tersendiri.
Menurut Syifa, atau nama penuhnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, tabiat memeriksa telefon suami bukanlah perkara yang sihat. Malah, tindakan itu boleh menyebabkan hubungan rumah tangga menjadi renggang.
"Tolong Jangan Biasakan Periksa Telefon Suami!"
Syifa secara jujur meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir isteri yang suka memeriksa telefon suami. Katanya, sama ada sudah berkahwin atau belum, perbuatan ini boleh membawa kesan buruk kepada hubungan.
“Boleh tak jangan biasakan periksa telefon bimbit suami? Saya rimas sungguh! Kahwin atau belum kahwin, anda ingat perkara tu sihat ke? Tak perlu periksa, kalau dia buat benda tak elok, banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk,” jelas Syifa menerusi sesi soal jawab di Instastory.
"Jangan Bagi Suami Hilang Kepercayaan Pada Isteri!"
Syifa juga menambah, perbuatan ini sebenarnya boleh menyebabkan suami hilang kepercayaan terhadap isteri. Malah, keadaan akan menjadi lebih teruk jika suami merasa tertekan sehingga mengambil langkah negatif secara sembunyi-sembunyi.
“Lagi anda periksa, lagi suami akan rasa isteri tak percaya dia. Kemudian dia tertekan, buat pula benda tak baik belakang anda,” katanya lagi.
Menurutnya, kecurigaan yang berlebihan hanya akan merosakkan mental dan akhirnya menjejaskan keharmonian rumah tangga. Syifa menyeru para isteri untuk tidak mencari 'penyakit' dengan cara tersebut.
Kisah Cinta Syifa Melvin & Safawi Rashid
Untuk rekod, Syifa telah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid, pada 28 November 2022. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman yang kini berusia setahun.
Jadi, apa pendapat anda? Adakah wajar periksa telefon pasangan atau lebih baik percayakan mereka sepenuhnya? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda! Siapa tahu, mungkin pandangan Syifa ini boleh memberi manfaat kepada ramai pasangan di luar sana.
Jom kongsi artikel ini!