Siapa tak kenal Adele, penyanyi bertaraf dunia dengan suara emas yang berjaya mencuri hati ramai? Tapi kali ini, nama Adele jadi bualan hangat selepas lagu popularnya Million Years Ago didakwa plagiat! Jom baca cerita penuh yang pasti buat anda terkejut!
Mahkamah Brazil Arah Henti Lagu Adele Secara Global
Menurut laporan The Guardian, Mahkamah di Brazil telah mengarahkan lagu Million Years Ago ditarik balik daripada semua platform penstriman di seluruh dunia. Ini selepas seorang komposer terkenal Brazil, Toninho Geraes, menuduh Adele menciplak lagu samba klasiknya berjudul Mulheres yang dirakam oleh Martinho da Vila pada tahun 1995.
Apa lagi, syarikat rakaman Adele kini berdepan dengan tindakan undang-undang dan diarahkan membayar denda sebanyak AS$8,000 (kira-kira RM35,584) untuk setiap kali melanggar arahan ini.
Plagiat atau Kebetulan?
Toninho Geraes bukan sekadar meminta lagu itu ditarik balik. Beliau juga menuntut ganti rugi moral sebanyak AS$160,000 (RM711,680) serta nama kredit sebagai penulis lagu. Selain itu, kes ini turut mendapat perhatian kerana lagu Adele tersebut dikatakan serupa dengan karya penyanyi Kurdish, Ahmet Kaya, dari tahun 1985.
Namun, sehingga kini, Adele dan syarikat rakamannya memilih untuk berdiam diri.
Boleh Rayu Tapi…
Walaupun syarikat rakaman Adele masih diberi peluang untuk membuat rayuan, arahan mahkamah ini telah mencetuskan kontroversi besar di kalangan peminat. Ramai yang terkejut dengan tuduhan ini, lebih-lebih lagi kerana Adele terkenal dengan karyanya yang asli dan penuh emosi.
Apa Pendapat Anda?
Adakah ini hanya kebetulan atau memang ada elemen plagiat? Apa pun, isu ini sememangnya telah mencipta gelombang besar dalam industri muzik global.
Jika anda rasa artikel ini menarik, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan anda! Tekan butang SHARE sekarang dan bincangkan sama ada Adele benar-benar bersalah atau tidak!