Penyanyi legenda, Noraniza Idris, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ani, baru-baru ini mendedahkan perasaan kecil hatinya apabila menerima kritikan pedas dari netizen mengenai konsert yang diadakan pada Oktober lalu.
Namun, Kak Ani yang berusia 56 tahun ini menjelaskan bahawa segala kecaman itu adalah lumrah yang perlu diterima oleh setiap selebriti. Meskipun begitu, beliau tidak dapat menafikan perasaan sedih dan kecewa, terutama apabila ada yang mengkritik konsertnya tidak 'gempak' seperti konsert artis lain.
"Walaupun saya tahu ia hanya komen dari netizen, ia tetap menguris hati. Kadang kala saya menangis dan rasa tidak dihargai," luah Kak Ani. Namun, beliau tetap positif dan melihatnya sebagai satu bentuk perhatian daripada peminat.
Kak Ani turut menjelaskan bahawa konsert tersebut bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga merupakan gabungan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), di mana beliau turut mempromosikan produk Muruku.
“Tak apa, saya ambil ini sebagai satu sudut positif. Mereka mungkin cuma prihatin tentang apa yang saya lakukan,” jelasnya. Menurut Kak Ani, apabila orang mula tidak mengambil kisah, itu yang bahaya. Jadi, walaupun ada yang tidak suka, ia tetap dianggap perkara biasa dalam dunia hiburan.
Meskipun menerima kecaman, Kak Ani tetap bangga dengan konsert tersebut. Beliau melihatnya sebagai satu pencapaian dalam kerjaya selama 39 tahun, kerana itu adalah kali pertama beliau mengadakan konsert.
“Ini adalah satu kejayaan bagi saya. Konsert ini tercatat dalam sejarah industri, dan jika esok saya tiada, orang akan ingat bahawa saya pernah mengadakan konsert,” kata Kak Ani penuh bangga.
Bagi peminat Kak Ani, jangan biarkan kritikan negatif menghalang kita dari menghargai usaha dan sumbangan beliau dalam industri muzik tanah air. Kita seharusnya berbangga dengan perjalanan seni beliau yang panjang dan berjaya!
Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan, supaya mereka turut tahu tentang perjalanan hebat Kak Ani yang penuh inspirasi!