"Tudung Singkat dan Tarian Larissa Chou Bikin Hangat! Apa Kata Netizen?"



Isu panas baru-baru ini membabitkan Larissa Chou, personaliti media sosial dari Indonesia, yang menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video tarian. Dalam video tersebut, Larissa yang berusia 28 tahun kelihatan mengenakan tudung singkat dan pakaian ketat yang mengundang kritikan netizen.


Menerusi perkongsian tersebut, Larissa mengingatkan pengikutnya tentang siaran langsung yang akan berlangsung sempena pelancaran produk baharu. Namun, video itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminatnya, malah turut mengundang komen pedas mengenai penampilannya.


"Pertama kali melakukan ini. Jangan lupa sertai live 12.12 khas pelancaran produk baharu!" tulis Larissa di Instagram, sambil berkongsi video tersebut.


Sebelum ini, Larissa dikenali dengan imej muslimah yang sering tampil sopan. Namun, selepas video tersebut tular, ramai peminat mula mempersoalkan pilihan tudung singkat yang dikenakannya. Ada yang menasihatinya agar tidak terikut dengan trend semasa yang dianggap bertentangan dengan hukum agama.


"Saya sudah biasa melihat dia nampak elegan dan mahal. Tidak seperti ini. Terkejut dibuatnya," komen salah seorang netizen. Ada juga yang berkata, "Kenapa sekarang makin singkat tudungnya? Wahai Risa yang cantik, soleh dan baik hati, kami meminta dengan ikhlas supaya jangan mengikuti trend semasa, okay?"


Apa pendapat anda tentang penampilan Larissa kali ini? Adakah dia terlalu terpengaruh dengan trend atau ia hanya satu cara untuk berinovasi dalam berfesyen? Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda dan beri pendapat di ruangan komen!

Previous Post Next Post

Contact Form